Monday, January 16, 2012

Petua: Ibu Yang Kekal Perawan



Ok. Niat di hati nanti² baru update. Maklumlah yang dalam draft pun separa bersawang sudah. But this one cannot wait. Thanks Misha for sharing.

Ustazah Fatimah Az-Zahra (saya SUKA Ustazah Fatimah!) menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya: 
 
1. Lepas solat Isya', ambil air segelas;
2. Baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali;
3. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. 
4. Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri & untnk kebahagiaan rumahtangga.

imej di Google ya

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:


(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
 
 
 Semoga kita semua mendapat manfaatnya..InsyaAllah.
 
 

2 left comments..you?:

puan yatie said...

nak share kam ma blog bleh ;)

Nonny Atika said...

sure.. boleh.. :)

Related Posts with Thumbnails
Words of Nonny Atika. Powered by Blogger.