Friday, July 8, 2011

Baby Boy or Baby Girl..?



This article that FarahFatihah share had made me smile...



Soal zuriat dan jantina anak bukan menjadi urusan kita namun sebagai manusia kita boleh merancang dan berusaha untuk mendapatkan apa yang diingini. Menurut Ustaz Mohd Ali Tuah, pensyarah Jabatan Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Allah SWT sudah menentukan jantina setiap anak  sejak di luh mahfuz lagi.

"Semasa janin dalam rahim ibu berusia 120 hari, malaikat akan datang menulis rezeki, jantina, ajal, maut, jodoh, hidup bahagia atau tidak setiap hambanya mengikut ilmu Allah. Bagaimanapun ia boleh berubah jika orang itu berdoa dan berusaha apabila dia hidup kelak dengan keizinan Allah jua,” terangnya sambil menegaskan segala urusan kehidupan manusia sudah ditentukan dari A – Z sejak azali lagi.

Dalam soal merancang jantina anak, Ustaz Mohd Ali menegaskan sebarang rawatan menggunakan teknologi sains perubatan boleh dilakukan asalkan ia ada alasan yang mendesak (darurat) dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Menurutnya lagi, sebagai manusia kita digalakkan berusaha, berikhtiar dan berdoa jika mahukan sesuatu. Usaha berdoa terbahagi kepada dua iaitu doa qauliyyah (melalui perkataan) dan doa fi’liyyah (melalui perbuatan seperti pemakanan, pengambilan ubat atau herba dalam soal merancang jantina anak).
“Jika pasangan sudah memiliki ramai anak perempuan dan mahukan anak lelaki maka berusaha dan berdoalah pada Allah agar dikurniakan anak lelaki pula. Jika Allah perkenankan doa tersebut maka makbullah permintaannya.
Seperti mana kisah Maryam iaitu ketika dia berada dalam saat-saat genting selepas melahirkan anaknya Nabi Isa a.s. Tiba-tiba Nabi Isa bercakap “kau goncanglah pokok tamar, nescaya akan berguguranlah buah tamar itu.” 

Maka Maryam yang keletihan selepas melahirkan berusaha dengan bersungguh-sungguh melakukannya. Dengan keizinan Allah, gugurlah buah tamar,” ceritanya memberikan salah satu contoh usaha ikhtiar yang dimakbulkan Allah. 

Kita sepatutnya sentiasa bersangka baik dengan dugaan atau apa sahaja yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Setiap ibu bapa perlu ditekankan tentang keyakinan mengikut ilmu yang dipelajari. Sesungguhnya apa yang Allah SWT tentukan itu adalah lebih baik daripada apa yang kita harapkan.
Tambah Ustaz Mohd Ali lagi, setiap yang Allah kurniakan kepada kita ada rahsia di sebaliknya yang kita sebagai hamba-Nya tidak tahu sama sekali. Sebaiknya kita redha dengan amanah (anak) Allah dan didik mereka dengan sebaiknya.

“Terima sahaja ketentuan Allah kerana ada hikmah yang tersembunyi. Walaupun sudah amalkan pemakanan dan lain-lain usaha untuk mendapat anak jantina tertentu tetapi jika tidak mendapatnya janganlah berasa kecewa. Redha dengan ketentuan Allah. Walaupun semua anak yang dimiliki adalah perempuan, bersyukurlah kerana ketahuilah bahawa setiap anak perempuan akan mendoakan kesejahteraan ibu dan ayah di akhirat kelak,” katanya.

Beliau turut memberitahu ada Hadis Nabi yang bermaksud “sesiapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan dan mendidiknya menjadi anak yang solehah maka aku dan dia seperti ini (Rasulullah mengangkat jari telunjuk dan jari tengahnya) menggambarkan rapatnya hubungan bapa anak perempuan itu dengan Baginda.

Sahabat bertanya kalau dua anak perempuan? Ya jawab Rasulullah lagi.Maknanya mendidik anak perempuan juga ada kelebihannya.

Kesimpulannya, penentuan jantina anak patut kita serahkan kepada Allah SWT. Apa yang penting sebagai ibu bapa kita didik mereka (anak lelaki atau perempuan) menjadi anak yang soleh/solehah dengan sebaiknya tanpa berasa kecewa dengan jantina anak yang dikurniakan. 

Sumber- majalah Pa&Ma

9 left comments..you?:

kemboja said...

mna2 pn tak kisah ler.. asalkan ada zuriat sudahla kan.. dr adayg dah kawin bertahun2 pun masih lg tak ada anak..kesian kan.. hehe salamkenal

Nonny Atika said...

hai kemboja :) salam kenal..

yes, setuju.. yang penting dpt zuriat yg sihat kan :)

jas imran said...

ini tanda2 ada kabar gumbira suda ka nunai?? :p peace!

Nonny Atika said...

hahahaha.. ko aminkan la ah..:)

Nurul Jannah said...

kak, nice info :D

siti kektus said...

hehe. terasa nak kawen cepat2 pastu ada anak la kak. :)

Lulu Caldina said...

Blogwalking dipagi hari...
selamat pagi :)

Bila Ku Kata Cinta... said...

salam kenal...muga dikurniakan anak yg sehat...comel..sempurna nt ..

Nonny Atika said...

@Nurul Jannah : it's nice to share..

@Siti Kektus : :)) semoga cepat bertemu jodoh..amin hihi

@Lulu Caldina : Hi Lulu...thanx for dropping by :))

@Bila Ku Kata CInta : Amin.. Saya doakan yg sama untuk BKKC juga :))

Related Posts with Thumbnails
Words of Nonny Atika. Powered by Blogger.