Lama tidak update..Maklumlah, limited access to Internet. memandangkan FB, Twitter kena block, so aktiviti riadah alam maya di ofis ni blogging ja lah.. kalau ni pun kena block juga, entahlah..
Haritu ada mention pasal buku Doa & Tip Keluarga Bahagia kan?Adaaaa... cuba check entry lepas..baru² juga tuh..I promised to share the contents kan? So, hari ini saya share yang ringan² dulu lah ya..
Temanya Cha Ya Nun Ta Alif = CINTA.. n_n
|
Ya Hayyu Ya Qayyum |
Kalimah ini memang macam² khasiatnya, contohnya, jika diamalkan lebih² lagi selepas solat fardhu, kita akan menjadi orang yang riang dan dapat meyebarkan keriangan kepada orang lain dan membantu mereka melupakan kesedihan
.. insyaAllah, kalimah ini juga menghindari kita dari ditipu & perdaya dan dijauhi dari musuh. Dalam buku Doa & Tip Keluarga Bahagia, ia dikategorikan sebagai ayat CINTA sebab, jika diamalkan (dibaca) semasa menyediakan bahan untuk memasak (ya lah, macam cuci beras, siang ikan, potong ayam.dll hihi) & kita memasak, ketika menyediakan minuman untuk ahli keluarga (suami, isteri, anak-anak) InsyaAllah akan mengukuhkan rasa kasih sayang.
haaaaa..daripada mak jemah pegi buat nasi kangkang ker.. minyak senyonyongs ker.. baik amal kalimah ni kan?
Tapi ingat, semua ini adalah ikhtiar..sekiranya Allah mengkehendakkan sesuatu, maka jadilah..yang penting kita usaha kan?
nanti next entry, saya kongsikan ayat yang dihembuskan ke kening pasangan atau anak-anak ketika mereka sedang tidur supaya mereka mudah memahami, timbul rasa menghormati dan kekal rasa kasih sayang.. dan 1 lagi ayat untuk mereka yang long distance relationship.. hihi..