Friday, September 30, 2011

Rahsia Surah Al-Kauthsar


*     *     *     *     *         

Salam.. so how's your Friday so far?hehe baru berapa jam di ofis sudah tanya how's your Friday.. so far ok lah kan..sedang melayan rasa gembira ni sebab esok seluruh Sabah akan berpublic holiday (well, ada juga yang kena bekerja rasanya..), maklumlah kerja dengan AMC ni saturday kena kerja halfday @_@ jadi kalau dapat cuti happylah kan..dapat berehat² lebih sikit di rumah..

Kenapa cuti? Sempena birthday our new TYT..(sedih rasanya ada juga yang tidak tahu Sabah sudah bertukar TYT..kalau bukan orang Sabah kira mak boleh consider lah tapi ini ic xxxxxx-12-xxxx tuuu...)

So, di hari yang baik ini, saya mahu berkongsi sesuatu yang bermanfaat (thanks to whiteymommy sebab sudi kongsikan yer..)


Surah Al-Kauthsar..


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Allahualam..

2 left comments..you?:

only rose said...

hoyay!

best cuti. saya kerja. bule dapat double ka tu?haha;P

tapi nonny, kesian sama budak budak yang xambil xam tu. teruk la cikgu2 skrg. nda berkualiti.

Nonny Atika said...

@only rose

hehe.. amin.. mudah²an ko dapat double.. leh belanja sy colekat ;p

ya!1macam apa ja kan.. suka²ti ja larang student nda duduk exam..patetik..

Related Posts with Thumbnails
Words of Nonny Atika. Powered by Blogger.