Lama terbiar kan blog ni. Bukan tidak sayang, tapi tiada masa sesuai. entry ni pun 3 hari 3 malam baru boleh post,kau tau.. haha..
----
Bismillah.
----
Bismillah.
malam-malam begini sepatutnya tidur dan charge 'battery' badan untuk esok hari, tapi saya bangun dan masih segar sebab lapar. siang tadi teguk air teh & bun ja. anak-anak pun sudah tidur, husband rajin tolong prepare supper. thanks luv!
Mungkin ada yang maklum, minggu lalu saya merawat anak-anak yang kurang sihat sebab terkena HFMD (Hand, Foot & Mouth Disease). saya gambarkan minggu lalu sebagai 1 mimpi ngeri sebab apa yang kami lalui takes a toll on our emotions. honestly, i pray and pray so hard, tiada lagi anak-anak kita yang akan menghadapi HFMD.amiin ya Rabb.
oh please bare with me, entry kali ini agak 'skema'. memang begitu moodnya.HaHaHa~
Ok.let's begin..
Sunday, 26th May
-- kami keluar selepas makan tenghari untuk melawat keluarga mertua. saya kurang pasti samada pada masa ini virus HFMD sudah ada atau tidak, tapi Alisha (1year 6 months++) & Aliyah (3months++) sangat aktif dan tiada tanda-tanda akan demam,etc. Kami balik ke rumah around 4pm, and masa tu both of them masih lagi sihat, so it seems. Petang, husband ada tanya pada saya, kenapa ada semacam luka di bibir Alisha, but i brushed it off dan bagitau dia, Alisha garu bibir dia tu.
PLEASE BE AWARE sekiranya ada tanda macam ruam pada bibir anak-anak. terus check sekiranya ada ulser di bahagian dalam mulut anak. saya tiada pengetahuan tentang HFMD so tanda-tanda awal ni saya terlepas pandang.
Alisha terjaga dari tidur around 6.30pm and masa tu, saya noticed dia a bit feverish. terus saya bersihkan badan dia, feed her dan bagi Olivenol Plus. biasa bila suhu badan dia tidak begitu tinggi, saya elak bagi paracetamol. hampir jam 8, dia semakin lesu and suhu masih agak panas, so saya pakaikan koolfever. during diaper change, husband bagitau, ada some red spots dekat nappy area Alisha. again saya brushed it off and say mungkin sebab siang tadi lambat tukar diaper.
KALAULAH saya tau yang salah satu tanda-tanda awal HFMD ialah ada redspots dan blister di kawasan diaper!
Alisha tidur awal malam tu. begitu juga Aliyah. semuanya seperti biasa, cuma suhu badan Alisha agak panas. hampir subuh, suhu badan Alisha semakin tinggi, so saya terpaksa bagi dia makan PCM.
Monday, 27th May
pagi ni blister di tapak kaki alisha semakin ketara. tapak tangan & mulut pun.are nappy pun semakin kemerah-merahan. automatik saya terfikir HFMD, tapi ibu masih rasa yang ini cuma reaksi eczema. kami masih tidak pisahkan Alisha dan Aliyah sebab masih yakin tiada apa-apa yang serius. tengahari kami ke poliklinik dan doktor sahkan Alisha kena HFMD! rasa macam kena tampar dimuka. i know this is going to get worse tapi pesan doktor, mommy mesti stay positive. yang penting pantau demam dia and kebersihan kena tiptop.kalau boleh jangan bagi dia sentuh mana-mana bahagian badan kalau dia sudah sentuh mulut sebab virus tu merebak dengan mudah melalui sentuhan. virus tu aktif dalam air liur, cecair dari blister, air kencing dan najis dan kalau terkena di mana-mana, akan aktif selama at least 6 hari!
sampai ke rumah, kami terus kuarantin Alisha di dalam bilik, adik dan kak Mulyani di ruang depan. balik dari klinik, dalam jangkamasa kurang dari 5 jam, blister di bahagian kami dan tangan Alisha bertambah dengan mendadak. suhu badan pun makin tinggi.
ini kawasan eczema Alisha. alisha asyik pegang mulut sebab ada ulser and garu area ni so virus HFMD attack area ni juga |
Tuesday 28th May
Aliyah mula dapat blister di sekeliling pergelangan tangan dan muka. mungkin sebab dia suka masukkan tangan ke dalam mulut so airliur yang ada virus tu menyerang kawasan tangan dan muka. syukurlah tiada di bahagian badan lain sebab Aliyah belum pandai menyentuh bahagian lain badan dia. kami bawa juga berjumpa dengan doktor, dan doktor nasihatkan perlu bersedia sebab dalam mulut Aliyah lebih banyak ulser berbanding Alisha.
both tangan Aliyah penuh dengan blisters |
pulang dari klinik, Alisha sudah mula mengamuk sebab tidak selesa dengan ulser dalam mulut. susu 2oz saja yang dia mampu habiskan. bubur cuma sesuap dua. sedih betul bila tengok anak menangis lapar tapi taboleh telan apa-apa. alisha ni kalau tidak kenyang, mulalah susah mau tidur. sejak malam kedua, dia cuma mahu tidur bila dibawa naik kereta keliling kampung. bila lena, baru dibawa pulang. itupun mahu tidur dipangkuan. saya risau sebab Alisha cuma mahu dijaga saya, jadi Aliyah sudah berapa hari tidak dapat susu badan. risau kalau tidak badan dia tidak cukup kuat untuk lawan virus HFMD. Aliyah pun sudah mula tidak mau menyusu, menangis setiap 30 minit.
Malam ini memang antara malam yang paling panjang bila Alisha cuma dapat tidur sebelum azan subuh.
Wednesday, 29th May
keadaan blister Alisha makin teruk. memandangkan sistem imun Alisha sedang cuba melawan virus HFMD, jadi everything went haywire dan eczema dia pula menyerang. bayangkan dia terpaksa lawan rasa gatal blister & eczema. memang menangis hampir setiap masa. i had to distract her attention from the itchiness. walaupun saya tahu anti histamine tidak sesuai untuk anak di bawah umur 2 tahun, tapi saya tawakkal and terpaksa bagi dia cetirizine 2.5ml supaya dia tidak telampau rasa gatal-gatal.
Aliyah mula colic sebab perut kosong. mana tidak kosong, 1 oz pun susah mau dihabiskan. hari inilah antara hari yang bikin panik bila Aliyah meraung-raung bila masuk waktu maghrib sampailah jam 9.30pm. kami trpaksa meredah hujan lebat untuk bawa Aliyah jumpa doktor. sepnjang perjalanan dia menangis, so impulsely kami singgah rumah kak Mulyani and ambil dia.syukurlah Kak Mulyani dapat pujuk dia. doktor bagitau ulser Aliyah makin teruk. kami dapatkan ubat sapu dalam mulut dan ubat utk colic. malam itu kak Mulyani terpaksa stay i rumah sampai hampir subuh sebab Aliyah cuma tenang di tangan dia. 3 hari saya tidak dapat breastfeed Aliyah, she seems to forget me! she wouls stare blankly tat me. bila dipujuk untuk breastfeeding, dia meraung minta diambil orang lain. sedihnya masa tu Allah saja yang tahu. but i dont blame her. mungkin masa mula2 dia rasa tidak selesa, dia menangis cari mamanya, tapi i was stuck with Alisha. kami takut kalau saya yang handle both babies, HFMD tu lambat kebah. senang betul berjangkit kan.
sepanjang beberapa hari ini, saya mandi dan bertukar pakaian setiap kali mau handle either one of them. it was so tiring tapi syukurlah my mom, kak Mulyani and husband was there to give a hand. but still, i was exhausted.
Thursday, 30th May
sebenarnya seak Rabu lagi saya sudah mula demam dan sakit kepala. tapi bangun pagi jumaat ini paling teruk sebab tapak kaki dan jari2 rasa kebas. bila diperiksa, rupanya saya terjangkit HFMD dari either one of my babies!i went to the clinic, and doctor was shocked: ada lebih 10 ulser yang besar2 dalam tekak saya. patutlah menelan air pun rasa macam ada luka dalam tekak. bayangkan luka macam dihiris pisau tapi dalam tekak! saya gigih guna oral aid dan pastikan tidak demam terlampau lama sebab doktor bagitau, ada risiko anak-anak boleh terjangkit semula.
suhu badan Alisha kembali normal hari ini. blister pun sudah kering. ulser dalam mulut Alisha cepat sembuh sebab saya bagi dia makan Nutriferon (produk Shaklee) dan continure consume Olivenol Plus. Aliyah is still less than 1 year old so masih belum boleh bagi Nutriferon sebab ada madu (for kids below 1, madu can become poisonous sebab babies tadapat digest some elements dalam madu).
Aliyah saja yang masih menangis selang 30minit -1jam. my mom told me Aliyah colic sangat teruk sebab bila di bagi light massag mesti sendawa 3-4 kali. ibu buatkan minyak bawang merah untuk sapu diperut. memang Aliyah lega lepas tu. slowly kami dapat pujuk dia bottlefeed and breastfeed.anak-anak yang kurang sihat susah kan dipujuk makan dan minum so apa saja yang dapat dia telan without feeling irritared with the ulcers in er mouth, saya sudah cukup bersyukur.
Friday, 31st June
we declare Alisha completely recovered from HFMD. semua blisters sudah kering, sebab aku tanpa jenuh menyapu calamine lotion onto the blisters, sebab selagi blisters tidak kering, she might spread the virus and might get secondary infection. YES MOMMIES, blisters di tangan dan kaki dan bahagian lain badan yang dijangkiti mesti dijaga kebersihan dan pastikan cepat kering sebab secondary infection memungkinkan demam datang semula. and we don't want our kids to resort to antibiotics at such an early age. Alisha pun sudah no fever in 2 days already and ulcer long gone. selera makan pun bertambah.
Aliyah masih ada 1 ulcer dalam mulut tapi tidak demam and blister di tangan pun mengering. quite a chalenge to ut calamine lotion n her hands sebab Aliyah sedang fasa suka masukkan tangan dalam mulut. bila disapu, kak Mulyani kena pegang tangan Aliyah all the time.
Saya pun sudah tidak demam agi, cuma ulser dalam tekak saja yang buat rasa seksa. telan airliur pun susah. mungkin Allah perkenankan doa saya, agar semua sakit demam anak-anak saya biar saya yang tanggung. Subhanallah patutlah anak-anak menangis meraung..sakit betul ulser kalau penuh dalam tekak ni. tapak tangan dan kaki saya sudah kering blisternya. mungkin sebab sudah dewasa, imun system saya lebih kuat melawan virus HFMD.
Saturday , 1st June
Alhamdulillah setelah seminggu, anak-anak kami bebas HMFD. dalam seminggu itu, i got 'sanitize' as my middle name. semua saya sanitize. semua pakaian kotor saya rendam dengan air panas dan bilas dengan dettol. seluruh rumah kami mop guna dettol. tilam dan bantal kami jemur dibawah matahari setiap hari. I am forever going to be a hygiene freak. dulu saya berfikir, persekitaran anak-anak tidak boleh telampau disanitize, nanti badan tidak biasa. tapi doktor yang saya jumpa cakap, sekarang bukan macam dulu. kita dulu dicampak ke dalam lopak, main dalam selut, demam pun tidak. sekarang, segala-galanya sudah termutasi. jadi kadang2 being extra careful and extra hygiene won't harm you, it might even help you.
sekarang rejim baru dirumah ialah seperti yang saya cakap. sanitizer is at every corner of the house. cadar diganti setiap 2 hari. semua yang boleh dijemur kami jemur.my mom told me, orang jeoun memang jadikan kebiasaan jemur bantal dan tilam hampir setiap hari, you know to kill all the germs.
I can only do so much for my kids, but i pray and i pray hard, janganlah lagi ada sakit-sakit begini pada anak-anak saya sampai bila2.dan juga semua anak-anak mommis dan daddies out there. Amin