Tuesday, July 5, 2011

Jom Jadi Biji Kopi, bukan Telur atau Lobak Merah!














I was doing my daily visit to my favorite blogs when whiteymommy (checkout her customized blog design..she's up for hiring!) shared this very interesting thing she learned after watching Semanis Kurma.. senyum sekejap memikirkan isu ni.. Boleh imagine apa hubby cakap kalau saya share this thing with him..hihi.

So read on,peeps..


Telur apabila dimasukkan kedalam air panas...
dia akan menjadi keras dan kalau baling pun kulit je yang pecah, terkena pun sakitkan...
bayangkan telur yang mudah pecah itu boleh jadi keras bila dimasukkan dalam air panas.

manakala...
lobak merah
akan menjadi lembik apabila dimasukkan dalam air panas...
dan

biji kopi pula apabila dimasukkan dalam air panas...
ia akan bertukar menjadi satu minuman yang menjadi kegemaran ramai...

apakah simbolik kepada ke-3-3 benda yang berlainan ini?
ia melambangkan 3 ciri manusia ketika menghadapi musibah [ dalam situasi ini air panas adalah simbolik bagi musibah]

penghuraian yang saya dapat semasa menonton adalah:

Telur
Jika kita ini diibaratkan seperti telur, yang pada mulanya lemah lembut. tetapi apabila musibah melanda. kita bertukar menjadi seorang yang keras hati ataupun berubah kepada kearah yang negatif berbanding diri kita yang sebelum ini.
[motivator itu kata : sikap ini adalah sikap yang kurang baik]

Lobak Merah
Jika kita diibaratkan seperti lobak merah yang pada mulanya seorang kental dan kuat semangat tetapi apabila musibah melanda. kita menjadi lemah dan tidak berdaya untuk bangkit semula.
[ini adalah sikap yang paling tidak baik -kata motivator]

Biji Kopi
Manakala jika kita biji kopi, yang awalnya tiada sebarang keistimewaan pun, cuma bijian yang berasa pahit tapi apabila dimasukkan dalam air panas, ia menjadi minuman yang sedap. diibaratkan sebagai seseorang yang menjadi kuat dan mendorong diri untuk menjadi manusia yang lebih berjaya daripada sebelum ini.
[ini adalah sikap yang patut ada kata motivator itu]



So macamana? masih mahu menjadi telur atau lobak merah? hihi.. lobak merah dan telur tu bagus untuk kesihatan so, instead of being one, let's just make sure they are part of our meals, not ourselves. Eh, ngam ka ayat tu? LOL...

0 left comments..you?:

Related Posts with Thumbnails
Words of Nonny Atika. Powered by Blogger.